followers ( ipaN )

Friday, October 7, 2011

Derita keunggulan CHINTA..(^_~)



Saudara-saudariku,

Rupanya tiada makna kuteruskan nafasku...
Kini telah kurobek cebisan daging jantungku...
Telah kuurai lingkaran ususku...
Telah kuhempas hempeduku...

Agar menjadi saksi,
Benci dan dendamku kepada dunia ini...
Adakah kau mengerti

Saudara-saudariku...
Alam menjadi makna tinggalan warisan cinta...
Yang terkubur layu dan lesu dalam diplomatik senja...
Mengheret dua anak yang berlainan bangsa...
Terhasut dalam kezaliman undang-undang agama...

Adakah kalian semua masih engkar mendengar kata-kata kitab?
Lalu asyik dan khusyuk dengan bisikan nafas api yang hangat?
Menghangatkan erti rindu dan derita kerana kehilangannya?
Apabila si dia yang kupuja menjadi milik... bukan aku!
Apabila pujaanku yang menggoda... dirampas DIA!!!!

Dalam setiap kehidupan...
pasti akan ada kehangatan dalam mengenal kehidupan.
Namun kesengsaraan tidak akan dapat dielakkan.
Manusia terus merakusi kehidupan,
tetapi masih ada segelintir insan tetap memahami erti dan makna
"kenapa sehingga ke hari ini, aku masih mampu bernafas...
biarpun hatiku sesejuk ais,
namun tetap setenang air sungai yang mengalir lesu,
menghadapi peredaran masa...
menanti usia megah menjadi bongkok layu...
tiada lagi ego dan infiniti"

Saudara... Saudari?
Dapatkah kau memahami hati ini?